Forum #4
Prasarana Iklim Berdaya Tahan & Membina Bandaraya Adaptif
Mewujudkan ruang untuk belia mempelajari dan berbincang bersama pakar-pakar dari pelbagai latar belakang tentang kekurangan dalam prasarana Malaysia sedia ada untuk berdepan dengan impak perubahan iklim.
Ahli Panel Forum
Kelvin Diong
Kelvin Diong merupakan seorang ahli majlis ENSEARCH Malaysia. Beliau juga seorang Pemimpin Realiti Iklim Berpelatihan. Sebelum menyertai ENSEARCH Malaysia, beliau merupakan Koordinator Adaptasi Iklim bersama World Wildlife Fund (WWF Malaysia). Dalam kerjayanya bersama WWF Malaysia, beliau telah berjasa untuk memberikan sokongan dalam usaha pemuliharaan dan program pasaran mampan. Beliau juga giat berjasa dalam bidang advokasi dasar-dasar perubahan iklim dan biodiversiti.
Ir. Ts. Rosidha Febriana
Ir. Ts. Rosidha Febriana merupakan seorang jurutera sumber air dengan pengkhususan dalam bidang Saliran Perbandaran Rekabentuk dan Pengurusan Air Hujan. Beliau juga seorang pakar analisa perubahan iklim serta merupakan seorang calon PhD di Taylor’s University. Beliau juga seorang Teknologis dan ahli Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Beliau kini merupakan Pakar Bidang Penebatan Banjir dan Projek Pembekalan Air dengan Faktor Perubahan Iklim di Gamuda Engineering Sdn Bhd dan telah berbakti sebagai seorang jurutera sumber air dalam pelbagai projek termasuk perekaan dan pembinaan Terowong SMART di Kuala Lumpur.
Ahmad Afandi
Ahmad Afandi Nor Azmi merupakan Penganalisa Kanan Bidang Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar, dan Kelestarian bersama Institute of Strategic and International Studies (ISIS Malaysia). Beliau tujuh tahun berpengalaman dalam bidang perancangan strategik, penggubalan dasar, perancangan penggunaan tanah dan pengajian teknikal dalam bidang pengurusan sumber asli, perubahan iklim, dan, pemeliharaan biodiversiti. Sebelum kerjayanya bersama ISIS Malaysia, beliau merupakan seorang perunding alam sekitar dan telah terlibat dengan pelbagai projek berkenaan alam sekitar dan sumber asli di peringkat negara, persekutuan, dan negeri.
Bengkel #4
Prasarana Iklim Berdaya Tahan & Membina Bandaraya Adaptif
Mewujudkan ruang untuk belia mempelajari dan berbincang bersama pakar-pakar dari pelbagai latar belakang tentang kekurangan dalam prasarana Malaysia sedia ada untuk berdepan dengan impak perubahan iklim.
Facilitators
Dato' Ahmad Fuad Embi
Dato’ Fuad bersara daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah I pada tahun 2007. Beliau berkelulusan BE (Canterbury), DHE (Delft) and MSc (Southampton). Semasa di JPS beliau seorang pelopor dalam pengurusan sungai dan saliran bandar secara mampan dan menerajui usaha untuk manual saliran bandar, MSMA, yang menjadi asas untuk perancangan saliran bandar di negara ini sejak tahun 2000. Selepas bersara beliau melibatkan diri sebagai juruperunding dan menjadi penulis utama Malaysian Standards MS 2526: Urban Stormwater Management yang dikeluarkan bersama MSMA 2. Beliau juga antara pengasas Malaysian Stormwater Organization (MSO) – NGO yang memperjuangkan kawalan hakisan dan sedimen (Erosion and Sediment Control) untuk semua kerjatanah (pembangunan atau pertanian); berkhidmat separa-masa sebagai Professor Adjung di UKM (2010-18); seorang Jurutera Profesional Bersijil Amalan (PEPC), dan seorang Certified Professional in Erosion and Sediment Control (CPESC) dengan EnviroCert International, USA.